Sunday, September 14, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama anak-anak



Teks: Nur Mimi Izzati Binti Rahim


Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Sahabat-sahabat yang dikasihi. Apa aktiviti yang dirancang hari ini untuk keluarga tercinta? Walau apa pun aktiviti pastikan kita meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Terutamanya untuk ibu bapa yang bekerja, pada hujung minggulah berpeluang berkumpul bersama keluarga.


Kuala lumpur hari ini redup jer, hujan dari pagi membawa ke petang, Bila buka tingkap rumah, dapat rasa udara sejuk yang sangat nyaman.  Di pagi yang hening ini, tidak lagi terlintas difikiran untuk kemana-mana. Sementara anak-anak masih enak di buai mimpi, saya ke dapur untuk menyiapkan nasi goreng kegemaran anak-anak, iaitu nasi goreng kampung ikan bilis lebih, haha.


Anak-anak bangun pagi dengan senyuman gembira kerana hari ini tidak perlu ke sekolah. Masing-masing berebut ke bilik air untuk mandi, selagi belum siap mandi dan makan, tv tidak akan bersiaran. Undang-undang di rumah mesti di patuhi. Mereka akan cepat-cepat menghabiskan sarapan untuk menonton kartun kegemaran.



Sejak dari anak-anak masih  bayi lagi, saya akan menapis dan akan menentukan rancangan tv yang ditonton anak-anak. Saya akan pilih rancangan yang sesuai dengan umur anak dan memastikan anak-anak mendapat input yang positif daripada rancangan yang ditonton. Contohnya kartun Dora, membantu kanak-kanak untuk menggunakan bahasa inggeris dengan betul. Saya memamg tidak membenarkan anak-anak menonton rancangan kartun yang tidak berfaedah, yang mungkin lama kelamaan  ada yang akan merosakkan akidah anak-anak. Saya juga akan bersama gelak ketawa di depan tv bersama anak-anak. Kesimpulannya kita sebagai ibu bapa terpaksalah berkorban tidak menonton rancangan kegemaran.


Bila semua dah bosan menonton, layan pula mereka dengan mainan masing-masing. Kalau si kakak dengan mainan masak-masaknya. Saya akan jadi pelanggan dan kakak qaleesya akan memasak kononya sebagai tukang masak. Kadang-kadang adik akan turut serta main masak-masak. Kalau tidak, terpaksalah kita layan adik main bola pulak.



Sekarang sudah pukul 1 pm, dah tiba masanya  masuk dapur untuk sediakan makan tengah hari pula. Menu hari ini sederhana sahaja, masak lemak putih pucuk paku, ikan selar kuning goreng dan celur jagung muda bersama sambal belacan. Selepas solat zohor boleh lah makan bersama.


Insyaallah, jika cuaca baik dan tidak hujan. Saya akan bawa anak-anak ke taman layang-layang. Boleh lah mama makan aiskrim pulut kegemaran. Biasanya kat situ jer yang ada orang jual aiskrim pulut di kuala lumpur ni. Mesti anak-anak seronok dapat bermain sambil tengok layang-layang yang cantik. Biasanya bila pulang ke rumah dengan keletihan, selepas mandi mereka akan terus tidur. Itu lah caranya untuk bagi anak-anak tidur awal. Jadi, esokya mereka akan bangun dengan segar untuk ke sekolah.

Sekian, Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment