Sunday, September 14, 2014

Susah Buat Keputusan



teks: Nur Mimi izzati Rahim

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Salam sejahtera. Pernahkah anda mengalami situasi dilema apabila memerlukan kita untuk memutuskan sesuatu, dengan kata lain membuat keputusan. Sama ada keputusan untuk sesuatu perkara yang kecil atau besar. Contohnya memilih destinasi percutian, memerlukan kita memilih tarikh dan tempat yang sesuai dengan citarasa semasa itu. Mahu makan di mana, pakai baju apa, itu semua memerlukan kita membuat keputusan. Setiap hari kita mesti membuat keputusan, dan keputusan yang di buat akan memberi kesan kepada kehidupan kita.


Saya pernah mengalami sitiuasi yang saya rasa termasuk dalam keputusan yang sukar untuk saya putuskan. Contohnya keputusan untuk belajar di mana selepas mendapat keputusan spm, bekerja dimana selepas tamat pengajian, dan memutuskan untuk berkhawin. Semua keputusan itu melibatkan masa depan kita.


Untuk membantu kita membuat keputusan, kita boleh senaraikan kesan daripada keputusan yang kita buat. Cuba fikirkan dimanakah kita dalam tempoh 10 ataupun 15 tahun akan datang. Keputusan sekarang yang akan mentukan destinasi kita. Kajian menunjukkan perasaan sakit dan gembira yang akan mendorong kita untuk membuat keputusan. Contohnya, Anthony Robins pemuda biasa yang membuat keputusan untuk mengubah hidupnya, sekarang menjadi seorang yang dikenali seluruh dunia. Perasaan sakit dalam kesusahan mendorong beliau untuk membuat keputusan mengubah kehidupan. Seorang banduan menerima hukuman penjara kerana merogol, akibat keputusan yang dia buat untuk mendapat keseronokan.


Segala tindakan yang berlaku adalah hasil daripada keputusan yang kita buat. Memang susah untuk memutuskan sesuatu untuk bertindak, tetapi matlamat kita tidak akan tercapai jika sebarang keputusan tidak di buat. Cepat keputusan di buat maka cepat lah hasilnya. Kita bukan sahaja perlu membuat keputusan demi mencapai hasil yang kita mahu, kita juga perlu memjadi apa yang kita mahu. Bertindak dengan komited dan konsisten akan membantu keputusan yang di buat untuk mencapai matlamat.


Percayalah hidup kita akan berubah sebaik sahaja kita membuat keputusan yang baru dan komited. Sekarang saya sedang mengalami perubahan yang luar biasa hasil daripada keputusan yang saya buat untuk berniaga dalam bidang yang saya minati. Keputusan yang saya buat banyak membawa kebaikan kepada kehidupan seharian saya. Kemahiran membuat keputusan juga dapat menguatkan otot-otot dan mengembangkan otak kita.


Ada masanya kita akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Jangan salahkan diri sendiri, tetapi ambil pengajaran daripada kesilapan itu. Orang-orang yang berjaya membuat keputusan dengan cepat adalah kerana nilai masa meraka dan apa yang mereka mahu adalah jelas. Manakala orang yang lambat membuat keputusan selalunya akan ketingggalan. Tidak ada tindakan bermaksud tidak ada keputusan.


Sebagai seorang yang beragama islam, kita percaya segala gerak geri dan tindakan yang baik adalah daripada Allah SWT. Solat istigharah untuk mendapat petunjuk Allah akan membantu kita membuat keputusan yang betul. Yakinlah setiap komitmen pada sesuatu, tuhan akan memberi bantuan.  Setiap tindakan yang bermula dengan niat kerana Allah akan memdapat Redha dan rahmat Allah. Buat keputusan dan mula bertindak dengan istiqamah. Insyaalllah matlamat akan tercapai.

No comments:

Post a Comment