Saturday, August 30, 2014

Langkah memupuk minat membaca anak-anak



Text: Nur mimi izzati binti Rahim


Bismillahirrahmanirrrahim...

Assalamulaikum, selamat berhujung minggu. Apa perancangan anda untuk keluarga hari ini? Apa pun aktiviti yang dirancang, pastikan kita gunakan masa bersama anak-anak dengan berkualiti. Saya baru sahaja selesai menjamu suami dan anak-anak makan tengah hari, perut masing-masing sudah gembira kekenyangan. Saya pula dah boleh mula berehat sekejab sambil mencari idea untuk di kongsi hari ini.  Terfikir untuk berkongsi usaha saya menerapkan minat menbaca dalam diri anak-anak. Mungkin ibu di luar sana juga boleh sama-sama berkongsi cara masing-masing.


Antaranya adalah:

(1) Bacakan buku

Dari anak-anak masih bayi, saya jadikan rutin membaca cerita pendek untuk anak-anak. Biasanya sebelum anak-anak tidur. Sambil anak tengah menyusu saya akan mula membaca dan sambil itu tunjukan gambar-gambar menarik tentang cerita yang kita baca. Pada umur ini biasanya anak akan tertarik pada gambar.


(2) Jadi contoh untuk anak-anak

Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Anak akan menjadikan ibu dan bapa sebagai idola nombor satu mereka, apa sahaja yang kita terapkan di rumah akan jadi ikutan anak-anak.  Di rumah saya akan jadikan buku sahabat baik saya. Saya sentiasa pastikan buku sentiasa ada di tangan, malah sambil menonton tv, buku sentiasa menjadi teman. Alhamdulillah anak-anak turut ke sana ke mari bersama buku kegemarannya.


(3) Kedai buku

Jadikan kedai buku tempat riadah untuk anak-anak, Bila ada masa ke pusat membeli belah, saya wajibkan diri untuk singgah melepak sekejab di kedai buku. Saya akan membiarkan anak-anak memilih buku yang mereka suka. Sekarang anak-anak dah mula faham, bila tengok kedai buku, mereka pula akan mengajak saya ke sana.


(4) Mini perpustakaan

Sediakan satu tempat khas untuk anak-anak menyimpan koleksi bacaan mereka. tatarias tempat bermain dengan koleksi bacaan mereka dengan sebaiknya. Jadikan sudut itu tempat kegemaran anak-anak. walaupun sedang bermain, biasanya mereka akan pergi sekejab untuk membelek buku-buku koleksi mereka.


Friday, August 29, 2014

Berniaga dengan tongkat kerajaan Vs 100% pasaran terbuka



Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...
Salam sayang untuk sahabat yang mengikuti siri entri blog saya yang tak seberapa Ini, maklumlah sekarang baru tercetus minat nak menulis, Bila dah menulis rugi rasanya baru sekarang nak berkongsi pengalaman  dan sedikit pengetahuan yang saya peroleh dari pembacaan dan pengalaman kehidupan. Memandangkan hobi masa lapang saya adalah membaca.


Sebelum ini saya telah berkongsi kenapa saya memilih ombak perniagaan yang berbeza dengan suami. Hari ini saya ingin jelaskan dengan terperinci kenapa saya memilih perniagaaan 100% pasaran terbuka.


Bukan kerana saya tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan atau pun  suami, tapi mungkin kerana  saya bermula dengan status sebagai suri rumah sepenuh masa, saya lebih terdedah dengaan perniagaan internet yang hampir semuanya melibatkan pasaran terbuka. Matlamat saya lebih tertumpu kepada golongan 80% rakyat malaysia, yang terdiri daripada golongan sederhana. Dan mungkin juga saya tahu serba sedikit tentang risiko perjalanan perniagaan melibatkan tender kerajaan daripada suami.


Antara idola yang saya jadikan panduan adalah Puan Ainon Mohd, Saya banyak mengikuti catatan tulisannya tentang perniagaan. Contohnya perbezaan berniaga dengan tongkat kerajaan dan 100% pasaran terbuka.


Dengan bekerja dengan mengharapkan tender, mentaliti staff juga akan memberi kesan,  staff merasakan mereka hanya kerja makan gaji, staff akan bekerja secara pasif, staff akan duduk dan tunggu kita balik dengan membawa tender projek, baru mereka sibuk mengerjakan projek itu. Jika tiada tender maka tiadalah kerja mereka. Beginilah yang akan berlaku selamaya, kita sebagai bos akan bekerja bagai nak mati mencari projek untuk memastikan ada kerja untuk staff dan syarikat kita.
Supaya dapat membayar gaji mereka.


Lain senarionya apabila 100% terlibat dalam pasaran terbuka. Kita dapat menurunkan ilmu-ilmu berniaga kepada staff. Kita dapat transform staff daripada pekerja sebagai staff syarikat kepada pekerja entrepreneur. Mereka berniaga bukan bekerja. mereka membayar gaji mereka sendiri dan akhirnya gaji kita pun staff yang akan membayar!!


Kita juga dapat melantik staff menjadi rakan kongsi kia apabila kita membuka bisnes-bisnes baru. Dengan kata lain perniagaan pasaran terbuka dapat mendidik jiwa staff untuk lebih bertanggujawab. Kita lebih menerapkan konsep jemaah.


Ini adalah serba sedikit pemahaman saya tentang berniaga dengan tongkat kerajaan dan kenapa saya memilih untuk berniaga dengan 100% pasaran terbuka.

Pilih ombak perniagaan berlainan dengan suami

text: Nur mimi izzati Rahim


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum... Salam pagi jumaat yang penuh barakah. Sama-sama kita mulakan jumaat ini dengan permulaan yang membawa berkat. Tetapkan niat dan matlamat yang jelas. Pastikan kita istiqhamah dengan setiap perancangan yang di susun.


Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi kenapa saya memilih bidang perniagaan yang berlainan arus dengan suami. Bunyinya sama iaitu " berniaga". Tetapi berjalanan perniagaan kami sangat berlainan, sejujurnya saya tidak langsung melibatkan diri dengan perniagaan suami. Memikirkan bukan senang bekerja bersama, risau akan terbawa-bawa ke rumah dan merosakan suasana sebagai suami isteri.


Suami saya terlibat dengan perniagaaan yang melibatkan kontrak dan tender kerajaan. Saya pula memilih perniagaan 100% pasaran terbuka, yang sedikit pun tiada kaitan dengan perniaggan suami. Saya memilih perniagaaan ini sebagai peluang untuk diri saya membina bakat sendiri. Dengan ini saya berpeluang bermula dengan usaha sendiri dan melalui pengalaman cabaran perniagaan yang pasti menyeronokan.


Mungkin bagi pandangan orang luar yang mengenali, mengapa nak susahkan diri, baik gunakan jalan yang sudah diturap, daripada beli parang dan cangkul untuk buat jalan ke bukit.


Berlainan bagi saya, saya sukakan pengalaman dan cabaran. Itu akan memberi kepuasan yang tidak  dapat kita peroleh tanpa kita melaluinya sendri. Walaupun baru di kaki bukit, tetapi nikmatnya sudah terasa.


Berlainan ombak perniagaan, bukan bererti saya membelakangi suami, cuma strategi perniagaan yang berlainan.  Suami banyak membantu saya dari segi nasihat dalam pengurusan perniagaan. Paling utama, saya percaya untuk terus melangkah dengan cemerlang adalah restu daripada suami tercinta, Sebagai wanita itu lebih penting dari segalanya.


Kenapa saya memilih perniagaan 100% pasaran terbuka ? saya akan kongsikan dilain entri

Wednesday, August 27, 2014

Bangkok syurga makanan

text: Nur mimi izzati binti Rahim


Assalamualaikum......

Salam riang ria daripada saya yang tengah rindukan makanan Bangkok.
Sahabat yang pernah membaca entri pengenalan diri saya mesti sedia maklum bahawa hobi saya adalah melancong. Ini adalah catatan pertama mengenai pengalaman melancong saya. Banyak lagi negara atau tempat menarik yang ingin saya kongsi, untuk kali ini salah satu tempat menarik pilihan saya adalah kota Bangkok Thailand.


Saya memilih syarikat penerbangan Airasia untuk ke Bangkok. Mengapa Airasia? Semestinya kerana perkhidmatan yang murah dan boleh di katakan selesa, lagi pun perjalanan hanya mengambil masa dua jam penerbangan.




Bangkok, Thailand adalah salah satu pilihan percutian yang paling seronok bagi saya. Thailand bagaikan syurga makanan bagi orang yang suka makan. Dari rumah saya sudah senaraikan apa yang akan saya makan di sana, Tomyam Kung adalah menu wajib. Cuma bagi kita yang beragama  islam mesti berhati-hati memilih restoran. Mudah jika ada pemandu pelancong yang beragama islam.

                      
Untuk pemilihan hotel, saya pilih Novotel Bangkok Platinum. Harga tidak lah terlampau mahal lebih kurang RM500 untuk satu malam. Novotel salah satu hotel baru di kota Bangkok. Keselesaan dan layanan kaki tangan hotel membuatkan kita tidak serik untuk menginap lagi. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng hanya 17km. Antara faktor yang menarik adalah, hotel ini di kelilinggi pusat membeli belah besar antaranya Platinum Fashion Mall, Central World, Pratunam dan banyak lagi. Kemudahan pengankutan awam SARL hanya mengambil masa 8 minit berjalan kaki, memudahkan kita untuk ke Siam Paragon.

chatuchak


Antara aktiviti yang tidak boleh anda lepaskan bila melancong di Bangkok adalah mengelilingi bandararaya menaiki tut tut. Bangkok juga terkenal  dengan kehidupan malam yang tidak pernah sunyi, anda boleh berkunjung ke night market. Tidak lengkap jika tidak pergi ke chatuchak, iaitu pasar hujung minggu yang sangat meriah.


Saya juga tidak melepaskan peluang menyusuri sungai choa phraya dengan menaiki kenderaan air yang di panggil water bus. Sebelum meninggalkan kota Bangkok pastikan anda menikmati makanan Thailand di street food. Di sini terdapat pelbagai makanan Thailand yang tidak terdapat di Malaysia.

Thailand memang syurga makanan untuk orang yang suka makan :)