Friday, August 29, 2014

Pilih ombak perniagaan berlainan dengan suami

text: Nur mimi izzati Rahim


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum... Salam pagi jumaat yang penuh barakah. Sama-sama kita mulakan jumaat ini dengan permulaan yang membawa berkat. Tetapkan niat dan matlamat yang jelas. Pastikan kita istiqhamah dengan setiap perancangan yang di susun.


Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi kenapa saya memilih bidang perniagaan yang berlainan arus dengan suami. Bunyinya sama iaitu " berniaga". Tetapi berjalanan perniagaan kami sangat berlainan, sejujurnya saya tidak langsung melibatkan diri dengan perniagaan suami. Memikirkan bukan senang bekerja bersama, risau akan terbawa-bawa ke rumah dan merosakan suasana sebagai suami isteri.


Suami saya terlibat dengan perniagaaan yang melibatkan kontrak dan tender kerajaan. Saya pula memilih perniagaan 100% pasaran terbuka, yang sedikit pun tiada kaitan dengan perniaggan suami. Saya memilih perniagaaan ini sebagai peluang untuk diri saya membina bakat sendiri. Dengan ini saya berpeluang bermula dengan usaha sendiri dan melalui pengalaman cabaran perniagaan yang pasti menyeronokan.


Mungkin bagi pandangan orang luar yang mengenali, mengapa nak susahkan diri, baik gunakan jalan yang sudah diturap, daripada beli parang dan cangkul untuk buat jalan ke bukit.


Berlainan bagi saya, saya sukakan pengalaman dan cabaran. Itu akan memberi kepuasan yang tidak  dapat kita peroleh tanpa kita melaluinya sendri. Walaupun baru di kaki bukit, tetapi nikmatnya sudah terasa.


Berlainan ombak perniagaan, bukan bererti saya membelakangi suami, cuma strategi perniagaan yang berlainan.  Suami banyak membantu saya dari segi nasihat dalam pengurusan perniagaan. Paling utama, saya percaya untuk terus melangkah dengan cemerlang adalah restu daripada suami tercinta, Sebagai wanita itu lebih penting dari segalanya.


Kenapa saya memilih perniagaan 100% pasaran terbuka ? saya akan kongsikan dilain entri

No comments:

Post a Comment