Saturday, August 30, 2014
Langkah memupuk minat membaca anak-anak
Text: Nur mimi izzati binti Rahim
Bismillahirrahmanirrrahim...
Assalamulaikum, selamat berhujung minggu. Apa perancangan anda untuk keluarga hari ini? Apa pun aktiviti yang dirancang, pastikan kita gunakan masa bersama anak-anak dengan berkualiti. Saya baru sahaja selesai menjamu suami dan anak-anak makan tengah hari, perut masing-masing sudah gembira kekenyangan. Saya pula dah boleh mula berehat sekejab sambil mencari idea untuk di kongsi hari ini. Terfikir untuk berkongsi usaha saya menerapkan minat menbaca dalam diri anak-anak. Mungkin ibu di luar sana juga boleh sama-sama berkongsi cara masing-masing.
Antaranya adalah:
(1) Bacakan buku
Dari anak-anak masih bayi, saya jadikan rutin membaca cerita pendek untuk anak-anak. Biasanya sebelum anak-anak tidur. Sambil anak tengah menyusu saya akan mula membaca dan sambil itu tunjukan gambar-gambar menarik tentang cerita yang kita baca. Pada umur ini biasanya anak akan tertarik pada gambar.
(2) Jadi contoh untuk anak-anak
Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Anak akan menjadikan ibu dan bapa sebagai idola nombor satu mereka, apa sahaja yang kita terapkan di rumah akan jadi ikutan anak-anak. Di rumah saya akan jadikan buku sahabat baik saya. Saya sentiasa pastikan buku sentiasa ada di tangan, malah sambil menonton tv, buku sentiasa menjadi teman. Alhamdulillah anak-anak turut ke sana ke mari bersama buku kegemarannya.
(3) Kedai buku
Jadikan kedai buku tempat riadah untuk anak-anak, Bila ada masa ke pusat membeli belah, saya wajibkan diri untuk singgah melepak sekejab di kedai buku. Saya akan membiarkan anak-anak memilih buku yang mereka suka. Sekarang anak-anak dah mula faham, bila tengok kedai buku, mereka pula akan mengajak saya ke sana.
(4) Mini perpustakaan
Sediakan satu tempat khas untuk anak-anak menyimpan koleksi bacaan mereka. tatarias tempat bermain dengan koleksi bacaan mereka dengan sebaiknya. Jadikan sudut itu tempat kegemaran anak-anak. walaupun sedang bermain, biasanya mereka akan pergi sekejab untuk membelek buku-buku koleksi mereka.
Labels:
Catatan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment