Wednesday, August 27, 2014

Bangkok syurga makanan

text: Nur mimi izzati binti Rahim


Assalamualaikum......

Salam riang ria daripada saya yang tengah rindukan makanan Bangkok.
Sahabat yang pernah membaca entri pengenalan diri saya mesti sedia maklum bahawa hobi saya adalah melancong. Ini adalah catatan pertama mengenai pengalaman melancong saya. Banyak lagi negara atau tempat menarik yang ingin saya kongsi, untuk kali ini salah satu tempat menarik pilihan saya adalah kota Bangkok Thailand.


Saya memilih syarikat penerbangan Airasia untuk ke Bangkok. Mengapa Airasia? Semestinya kerana perkhidmatan yang murah dan boleh di katakan selesa, lagi pun perjalanan hanya mengambil masa dua jam penerbangan.




Bangkok, Thailand adalah salah satu pilihan percutian yang paling seronok bagi saya. Thailand bagaikan syurga makanan bagi orang yang suka makan. Dari rumah saya sudah senaraikan apa yang akan saya makan di sana, Tomyam Kung adalah menu wajib. Cuma bagi kita yang beragama  islam mesti berhati-hati memilih restoran. Mudah jika ada pemandu pelancong yang beragama islam.

                      
Untuk pemilihan hotel, saya pilih Novotel Bangkok Platinum. Harga tidak lah terlampau mahal lebih kurang RM500 untuk satu malam. Novotel salah satu hotel baru di kota Bangkok. Keselesaan dan layanan kaki tangan hotel membuatkan kita tidak serik untuk menginap lagi. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng hanya 17km. Antara faktor yang menarik adalah, hotel ini di kelilinggi pusat membeli belah besar antaranya Platinum Fashion Mall, Central World, Pratunam dan banyak lagi. Kemudahan pengankutan awam SARL hanya mengambil masa 8 minit berjalan kaki, memudahkan kita untuk ke Siam Paragon.

chatuchak


Antara aktiviti yang tidak boleh anda lepaskan bila melancong di Bangkok adalah mengelilingi bandararaya menaiki tut tut. Bangkok juga terkenal  dengan kehidupan malam yang tidak pernah sunyi, anda boleh berkunjung ke night market. Tidak lengkap jika tidak pergi ke chatuchak, iaitu pasar hujung minggu yang sangat meriah.


Saya juga tidak melepaskan peluang menyusuri sungai choa phraya dengan menaiki kenderaan air yang di panggil water bus. Sebelum meninggalkan kota Bangkok pastikan anda menikmati makanan Thailand di street food. Di sini terdapat pelbagai makanan Thailand yang tidak terdapat di Malaysia.

Thailand memang syurga makanan untuk orang yang suka makan :)


No comments:

Post a Comment