Sunday, September 14, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama anak-anak



Teks: Nur Mimi Izzati Binti Rahim


Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Sahabat-sahabat yang dikasihi. Apa aktiviti yang dirancang hari ini untuk keluarga tercinta? Walau apa pun aktiviti pastikan kita meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Terutamanya untuk ibu bapa yang bekerja, pada hujung minggulah berpeluang berkumpul bersama keluarga.


Kuala lumpur hari ini redup jer, hujan dari pagi membawa ke petang, Bila buka tingkap rumah, dapat rasa udara sejuk yang sangat nyaman.  Di pagi yang hening ini, tidak lagi terlintas difikiran untuk kemana-mana. Sementara anak-anak masih enak di buai mimpi, saya ke dapur untuk menyiapkan nasi goreng kegemaran anak-anak, iaitu nasi goreng kampung ikan bilis lebih, haha.


Anak-anak bangun pagi dengan senyuman gembira kerana hari ini tidak perlu ke sekolah. Masing-masing berebut ke bilik air untuk mandi, selagi belum siap mandi dan makan, tv tidak akan bersiaran. Undang-undang di rumah mesti di patuhi. Mereka akan cepat-cepat menghabiskan sarapan untuk menonton kartun kegemaran.



Sejak dari anak-anak masih  bayi lagi, saya akan menapis dan akan menentukan rancangan tv yang ditonton anak-anak. Saya akan pilih rancangan yang sesuai dengan umur anak dan memastikan anak-anak mendapat input yang positif daripada rancangan yang ditonton. Contohnya kartun Dora, membantu kanak-kanak untuk menggunakan bahasa inggeris dengan betul. Saya memamg tidak membenarkan anak-anak menonton rancangan kartun yang tidak berfaedah, yang mungkin lama kelamaan  ada yang akan merosakkan akidah anak-anak. Saya juga akan bersama gelak ketawa di depan tv bersama anak-anak. Kesimpulannya kita sebagai ibu bapa terpaksalah berkorban tidak menonton rancangan kegemaran.


Bila semua dah bosan menonton, layan pula mereka dengan mainan masing-masing. Kalau si kakak dengan mainan masak-masaknya. Saya akan jadi pelanggan dan kakak qaleesya akan memasak kononya sebagai tukang masak. Kadang-kadang adik akan turut serta main masak-masak. Kalau tidak, terpaksalah kita layan adik main bola pulak.



Sekarang sudah pukul 1 pm, dah tiba masanya  masuk dapur untuk sediakan makan tengah hari pula. Menu hari ini sederhana sahaja, masak lemak putih pucuk paku, ikan selar kuning goreng dan celur jagung muda bersama sambal belacan. Selepas solat zohor boleh lah makan bersama.


Insyaallah, jika cuaca baik dan tidak hujan. Saya akan bawa anak-anak ke taman layang-layang. Boleh lah mama makan aiskrim pulut kegemaran. Biasanya kat situ jer yang ada orang jual aiskrim pulut di kuala lumpur ni. Mesti anak-anak seronok dapat bermain sambil tengok layang-layang yang cantik. Biasanya bila pulang ke rumah dengan keletihan, selepas mandi mereka akan terus tidur. Itu lah caranya untuk bagi anak-anak tidur awal. Jadi, esokya mereka akan bangun dengan segar untuk ke sekolah.

Sekian, Selamat berhujung minggu.

Susah Buat Keputusan



teks: Nur Mimi izzati Rahim

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Salam sejahtera. Pernahkah anda mengalami situasi dilema apabila memerlukan kita untuk memutuskan sesuatu, dengan kata lain membuat keputusan. Sama ada keputusan untuk sesuatu perkara yang kecil atau besar. Contohnya memilih destinasi percutian, memerlukan kita memilih tarikh dan tempat yang sesuai dengan citarasa semasa itu. Mahu makan di mana, pakai baju apa, itu semua memerlukan kita membuat keputusan. Setiap hari kita mesti membuat keputusan, dan keputusan yang di buat akan memberi kesan kepada kehidupan kita.


Saya pernah mengalami sitiuasi yang saya rasa termasuk dalam keputusan yang sukar untuk saya putuskan. Contohnya keputusan untuk belajar di mana selepas mendapat keputusan spm, bekerja dimana selepas tamat pengajian, dan memutuskan untuk berkhawin. Semua keputusan itu melibatkan masa depan kita.


Untuk membantu kita membuat keputusan, kita boleh senaraikan kesan daripada keputusan yang kita buat. Cuba fikirkan dimanakah kita dalam tempoh 10 ataupun 15 tahun akan datang. Keputusan sekarang yang akan mentukan destinasi kita. Kajian menunjukkan perasaan sakit dan gembira yang akan mendorong kita untuk membuat keputusan. Contohnya, Anthony Robins pemuda biasa yang membuat keputusan untuk mengubah hidupnya, sekarang menjadi seorang yang dikenali seluruh dunia. Perasaan sakit dalam kesusahan mendorong beliau untuk membuat keputusan mengubah kehidupan. Seorang banduan menerima hukuman penjara kerana merogol, akibat keputusan yang dia buat untuk mendapat keseronokan.


Segala tindakan yang berlaku adalah hasil daripada keputusan yang kita buat. Memang susah untuk memutuskan sesuatu untuk bertindak, tetapi matlamat kita tidak akan tercapai jika sebarang keputusan tidak di buat. Cepat keputusan di buat maka cepat lah hasilnya. Kita bukan sahaja perlu membuat keputusan demi mencapai hasil yang kita mahu, kita juga perlu memjadi apa yang kita mahu. Bertindak dengan komited dan konsisten akan membantu keputusan yang di buat untuk mencapai matlamat.


Percayalah hidup kita akan berubah sebaik sahaja kita membuat keputusan yang baru dan komited. Sekarang saya sedang mengalami perubahan yang luar biasa hasil daripada keputusan yang saya buat untuk berniaga dalam bidang yang saya minati. Keputusan yang saya buat banyak membawa kebaikan kepada kehidupan seharian saya. Kemahiran membuat keputusan juga dapat menguatkan otot-otot dan mengembangkan otak kita.


Ada masanya kita akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Jangan salahkan diri sendiri, tetapi ambil pengajaran daripada kesilapan itu. Orang-orang yang berjaya membuat keputusan dengan cepat adalah kerana nilai masa meraka dan apa yang mereka mahu adalah jelas. Manakala orang yang lambat membuat keputusan selalunya akan ketingggalan. Tidak ada tindakan bermaksud tidak ada keputusan.


Sebagai seorang yang beragama islam, kita percaya segala gerak geri dan tindakan yang baik adalah daripada Allah SWT. Solat istigharah untuk mendapat petunjuk Allah akan membantu kita membuat keputusan yang betul. Yakinlah setiap komitmen pada sesuatu, tuhan akan memberi bantuan.  Setiap tindakan yang bermula dengan niat kerana Allah akan memdapat Redha dan rahmat Allah. Buat keputusan dan mula bertindak dengan istiqamah. Insyaalllah matlamat akan tercapai.

Monday, September 8, 2014

Makanan halal di Kota Paris



text: Nur Mimi Izzati Rahim


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat yang di kasihi. Hari minggu yang lepas saya berpeluang mengunjungi  pesta halal yang berlangsung di Sri kembangan. Terlintas ingin berkongsi pengalaman saya tentang makanan halal di kota Paris. Sudah lama saya impikan untuk sampai ke kota Paris,  Alhamdulillah pada bulan Mei yang lalu saya diberi keizinan oleh Allah untuk menjejak  kaki di kota Paris buat pertama kalinya. Kota Paris merupakan kota impian semua  masyarakat dunia. Terutamanya para penggemar fesyen, kerana paris sinonim dengan gelaran kota fesyen.

           

Bulan mei antara masa yang sesuai untuk menikmati keindahan kota Paris. Dengan suhu antara 16 - 22 darjah celcius membolehkan kita melakukan aktiviti luar dengan selesa. Sesuai untuk kulit kita orang malaysia, kerana tidak terlampau sejuk.


Perasaan teruja menantikan tarikh untuk terbang ke eropah masih segar dalam ingatan, masa tu terbayang keindahan tempat-tempat menarik di sana dan barang-barang jenama yang menjadi idaman hati. Kalau bezakan Harga di butik Malaysia, memang sangat berbaloi untuk kita beli di sana. Antara jenama buatan Perancis adalah Hermes dan Louis Vuitton.


Sebulan sebelum berlepas saya sudah mula membuat persiapan untuk keperluan yang hendak dibawa, contohnya pakaian yang sesuai dengan musim itu, iaitu pengakhiran musim bunga, ubatan dan vitamin yang di perlukan. Apa yang paling penting adalah saya bersedia dengan keperluan kalori yang cukup untuk membekalkan tenaga semasa berada di sana. Kerana kita memamg sedia maklum bahawa di sana susah untuk mendapatkan makanan yang halal mengikut citarasa kita.


Di sini saya kongsikan salah satu syarikat pembekal makanan halal  yang memberi kita kemudahan membawa  makanan asasi asia dengan bungkusan yang senang di bawa. Iaitu Brahim's Holding Sdn Bhd. Jenama Brahim's memamg terkenal bagi orang yang suka melancong. Terdapat dengan pelbagai menu makanan, contohnya sambil bilis, kurma ayam, rendang ayam. nasi goreng kampung dan banyak lagi makanan yang di pek  siap. Kita hanya perlu merendam pek makanan dalam air mendidih  dan sedia di makan. Sangat mudahkan. Jangan risau dengan rasanya, kerana teknologi pembungkusannya di jamin untuk melindungi ketahanan makanan.
       
                           

Thursday, September 4, 2014

Tanggungjawab pada diri sendiri



Teks: Nur mimi izzati rahim



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum...
Salam sejahtera sahabat yang di kasihi. Adakah anda pernah melakukan kesilapan? mesti pernah kan. Melakukan kesilapan bukan sahaja bila kita mencuri dan menipu. Menyakiti hati orang sekeliling kita juga di panggil kesilapan. kadang-kadang ada yang kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang orang lain tidak suka. Kita sebagai manusia biasa memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Saya juga begitu.


Perkongsian hari ini hanya untuk mengingatkan diri-sendiri dan sahabat-sahabat.  Terutamanya adik-adik yang masih lagi keliru apa tugas individu yang sebanarnya. Sebagai manusia kita mesti tahu tanggungjawab kita kepada masyarakat sekeliling, tanggungjawab pada agama, yang paling penting adalah tanggungjawab pada diri sendiri. Jika kita belum sempurnakan tanggungjawab kita pada diri sendiri macam mana kita nak menjalankan  tanggungjawab yang lain dengan bagus.


Maksud bertanggungjawab pada diri sendiri adalah, kita mesti tahu apa matlamat hidup kita, apa yang wajib kita lakukan untuk diri kita. Sebagai muslim kita mesti melakukan segala perintah agama, tunjukkan nilai yang baik. Bila tugas sebagai muslim sejati dapat kita terapkan dalam jiwa dan perlakuan seharian, dengan sendirinya memberi kesan pada orang sekeliling kita.


Kalau di tanya tentang matlamat, mesti semua orang cakap ingin berjaya dalam hidup. Tetapi apakah usaha anda untuk berjaya? kita sering bercakap mengenai tanggungjawab. Tapi bolehkah kita menjalankan tanggungajawab dengan sempurna jika kita tidak mempunyai apa-apa. Kesimpulannya kita mesti berusaha mencapai matlamat kita yang sebenar. Jayakan diri sendiri dahulu.


Bila kita berjaya mencapai matlamat diri kita, tanggunngjawab yang lain akan kita penuhi dengan sendirinya. Kita akan di pandang sebagai seorang yang bertanggunjawab pada ibu bapa, pada masyarakat. Paling utama, agama kita juga akan di pandang tinggi. Allah juga akan memandang kita dengan rahmatnya. Kita akan jadi manusia yang berjaya dunia akhirat.


Jangan lupa untuk audit diri sendiri setiap masa.
==================================

Salam sayang.
Mimi

Tuesday, September 2, 2014

Bersyukur dapat bekerja dari rumah


Teks: Nur Mimi Izzati Rahim


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Apa khabar sahabat semua? Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57. Tiga hari bercuti mesti seronok  menghabiskan masa bersama keluarga. Isnin semalam sempat beriadah di tasik titiwangsa bersama seorang teman rapat yang juga mempunyai anak sebaya dengan anak saya. beliau banyak bercerita tentang kesukaran menguruskan anak dalam masa yang sama sibuk bekerja. Dan bercadang mahu bekerja di rumah satu hari nanti.


Alhamdulillah... Syukur rasanya bila berpeluang menguruskan anak-anak dengan sempurna dari pagi hingga petang. Hari ini rutin menyiapkan anak-anak bermula seperti biasa, tapi kelihatan pada raut wajah anak-anak sedikit lemau mahu ke sekolah, maklumlah lama bercuti.


Bila bekerja di rumah, saya tidak perlu bergegas ke tempat kerja, saya sempat menyediakan sarapan untuk anak. Selepas menghantar  anak-anak ke sekolah, biasanya saya akan singgah ke pasar untuk membeli serba sedikit bahan untuk memasak.  Saya akan sampai balik di rumah lebih kurang 9 pagi.


Biasanya saya akan berada di depan laptop pada pakul 9.30 pagi, Ini adalah masa saya bekerja. Dulu saya seorang suri rumah sepenuh masa, berbeza sangat rasanya. Dengan mula bekerja dari rumah saya semakin cergas menguruskan masa dan keluarga. Banyak menggunakan otak membuatkan kita lebih sihat dan menguatkan mental.


Menetapkan waktu rehat seperti orang yang bekerja di luar, biasanya pukul 12.30 saya akan masuk dapur untuk meyiapkan makan tengah hari. Selepas solat saya sambung bekerja lagi sementara menunggu tepat jam 2.30 petang untuk menjemput anak-anak pulang dari sekolah.


Dalam perjalanan pulang bersama anak-anak, bermacam cerita di sekolah saya dengar. Kakak dengan cerita kawan barunya, adik pula dengan apa yang di ajar di sekolah hari ini. Biasanya belum sampai rumah meraka akan tertidur. Boleh lah saya sambung bekerja lagi.


Petang pula, saya akan melayan anak-anak bermain. Sambil menghabiskan bacaan yang baru saya beli. Memang namanya budak-budak mereka tidak pernah rasa penat. Kita pula yang penat nak melayan, tapi seronok dan rasa puas bila melihat anak-anak membesar depan mata. Begitulah rutin harian saya sebagai suri yang bekerja di rumah.


Bila kita tidak perlu berkejar ke tempat kerja, banyak perkara yang boleh kita lakukan. Kita juga tidak perlu bersesak di jalan raya seperti orang lain. Kita boleh bekerja mengikut waktu kita sendiri. Bila kita tidak stress dengan semua itu, kita akan menjadikan masa bersama anak-anak dengan lebih bermutu.


Alhamdulillah... Syukur sangat dengan nikmat Yang Allah berikan.