Sunday, June 7, 2015

Cara Khatam Al Quran Setiap Bulan


Teks: Mimi Rahim


Assalamualaikum,

Memandangkan puasa dah menghampiri kita, saya nak kongsikan sedikit cara untuk kita khatam dalam masa sebulan, Jom sama-sama kita rebut peluang bulan puasa yang akan datang. Mungkin pada bulan-bulan lain sibuk dengan urusan kerja atau keluarga, apa kata bulan puasa ni kita tanam azam khatam satu keluarga.

Kita tahu Al Quran mengandungi lebih kurang 600 halaman. Jika anda ingin habiskan dalam masa sebulan atau 30 hari maknanya anda mesti habiskan 20 halaman sehari, betul ke betul?

 ===> 20 halaman sehari kan.

 Mungkin anda rasa berat nak habiskan 20 halaman setiap hari. Susah untuk anda amalkan baca dengan konsisten 20 halaman setiap hari. Tapi, jika anda bahagikan setiap waktu selepas solat, maknanya anda hanya perlu baca 4 muka surat setiap kali selepas solat. 4 muka surat lebih kurang 10 minit sahaja untuk  dihabiskan. Kita baca majalah atau buku lain pun setengah jam mungkin lebih sehari.

===> Bererti 2 LEMBAR [4 halaman] sebelum/setelah solat

Anda boleh baca 1 lembar sebelum solat dan 1 lembar selepas solat, atau 2 lembar sekaligus setelah solat.

Seandainya Anda konsisten melakukannya, maka anda pasti akan berjaya untuk khatam dalam masa sebulan.Betul betul betul?

Saya nak kongsikan Al Quran yang boleh bantu anda konsisten untuk baca al Quran. Anda hanya perlu ikut sahaja tracking yang telah ditandakan. Anda tak perlu tunggu sebulan untuk khatam, KURANG dari 14 hari insyaallah anda akan khatam. Jadi maknanya anda akan khatam 2 kali sebulan.

Selamat mengamalkan!


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jika orang yang baca post ini berjaya khatam al Quran,
Bayangkan berlipat kali ganda pahala yang anda raih  kerana anda SHARE post ini.

Bagi yang rasa ini tips ini manfaat untuk disebarkan. Sila post untuk perkongsian. KERANA jika anda menyebarkan tips ini dan satu orang mengikuti cara tersebut ( dia membaca Al Quran 30 juzuk)
Maka insyaAllah pahala si pembaca akan menjadi tabungan akhirat anda.


Dan jangan sia-siakan kesempatan beramal di bulan Ramadhan; yang pahalanya berlipat-lipat.

"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." [HR Muslim, 3509]

info Al Quran===>>>  http://on.fb.me/1Kht1il
                                   
https://www.facebook.com/pages/Mamarich_shops/1482562762004270

No comments:

Post a Comment