Friday, July 31, 2015

Promosi Al Quran Tafsir Bertanda


.

teks: Mimi Rahim

Assalamualaikum

Apa khabar sahabat semua selepas sebulan berpuasa?
Alhamdulillah selepas balik dari cuti panjang di kampung,saya  dapat banyak berita gembira ramai yang berjaya khatam pada bulan ramadhan yang lepas. Bayangkan berganda-ganda pahala yang dapat kita kumpulkan. Subhannallah


Ini adalah entri pertama saya selapas cuti hari raya. Hari ini juga saya mula bekerja dengan semangat.
Memandangkan pada bulan ramadhan yang lepas banyak sangat Al Quran tafsir Bertanda yang dapat saya jual, Hari ini saya bermurah hati untuk membuat promosi supaya ramai lagi yang boleh kita bantu untuk membaca Al Quran dah Khatam dengan sempurna.

Promosi kali ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap isi rumah umat islam mengandungi satu Al Quran Tafsir sekurang-kurangnya.
.
Terima kasih
Mimi Rahim







Monday, June 15, 2015

Al Quran Hadiah untuk Tersayang



teks: Mimi Rahim

Assalamualaikum,
Bila tiba hari istimewa orang tersayang, mesti buntukan apa yang hendak di bungkus untuk bahagiakan pasangan atau orang yang kita sayang. Mungkin tahun lepas kita dah hadiahkan dia cincin, coklat, bunga dan macam-macam dah. Jadi tahun ini kita fikirkan sedikit kelainan supaya si dia senyum lebar.


Apakata saya cadangkan anda hadiahkan Al Quran tafsir yang sangat comel untuk si dia,
Bukan sahaja si dia rasa dihargai, malah Insyaallah hubungan anda akan lebih diredhai.
.
Gambar di atas adalah Al Quran tafsir saiz A6
Sesuai untuk di bawa travel



Kebihan Al Quran
===============================

1) Bantu kita khatam kurang 14 hari

2) Al Quran ini di sediakan dengan tracking yang akan pandu kita untuk khatam dengan cepat, kita hanya perlu ikut track yang di sediakan.

3) Al Quran tafsir yang terjemahannya mudah difahami

4) Tersedia dengan tandaan doa, bila anda baca surah-surah tertentu, anda akan tahu itu doa apa dan 
cara bacaannya sekali.

5) Bersaiz kecil senang untuk dibawa dalam beg tangan atau untuk travel




Saya ada menyediakan pakej penghantaran  Al Quran sebagai hadiah , anda boleh pilih Al Quran mengikut harga dan saiz. Pakej termasuk kad ucapan ringkas dan kotak hadiah yang cantik. Anda tidak perlu lagi rempuh trafik jem dan memandu semata-mata untuk pergi membeli hadiah. Anda juga tidak perlu membalut hadiah . Kami akan bantu untuk sampaikan hadiah dengan selamat kepada yang tersayang. Anda hanya tunggu SMS ..... THanK YOu SAyang .


.
Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi saya

+60122899948 - Mimi
follow ig saya klik ==> https://instagram.com/mamarich_shops/    ATAU user @mamarich_shops


Sunday, June 7, 2015

KELEBIHAN AL QURAN TAFSIR BERTRACKING



teks: MImi Rahim

Al QURAN TAFSIR BERTRACKING
============================


1) Bantu kita khatam kurang 14 hari

2) Al Quran ini di sediakan dengan tracking yang akan pandu kita untuk khatam dengan cepat, kita hanya perlu ikut track yang di sediakan.

3) Al Quran tafsir yang terjemahannya mudah difahami

4) Tersedia dengan bahasa rumi, Anda yang tak tahu baca pun boleh khatam dengan mudah.

5) Tersedia dengan tandaan doa, bila anda baca surah-surah tertentu, anda akan tahu itu doa apa dan cara bacaannya sekali.


6) Mudahkan kita untuk ingat doa pada surah-surah tertentu

7) Setiap bahagian juzuk juga telah ditanda, senang untuk kita cari juzuk yang kita nak baca.

8) Insyaallah bila anda biasakan ikut tracking yang tersedia, anda akan lebih disiplin membaca al Quran dan lebih seronok untuk habiskan Al Quran.

Selamat Beramal

Mimi Rahim
0122899948




Cara Khatam Al Quran Setiap Bulan


Teks: Mimi Rahim


Assalamualaikum,

Memandangkan puasa dah menghampiri kita, saya nak kongsikan sedikit cara untuk kita khatam dalam masa sebulan, Jom sama-sama kita rebut peluang bulan puasa yang akan datang. Mungkin pada bulan-bulan lain sibuk dengan urusan kerja atau keluarga, apa kata bulan puasa ni kita tanam azam khatam satu keluarga.

Kita tahu Al Quran mengandungi lebih kurang 600 halaman. Jika anda ingin habiskan dalam masa sebulan atau 30 hari maknanya anda mesti habiskan 20 halaman sehari, betul ke betul?

 ===> 20 halaman sehari kan.

 Mungkin anda rasa berat nak habiskan 20 halaman setiap hari. Susah untuk anda amalkan baca dengan konsisten 20 halaman setiap hari. Tapi, jika anda bahagikan setiap waktu selepas solat, maknanya anda hanya perlu baca 4 muka surat setiap kali selepas solat. 4 muka surat lebih kurang 10 minit sahaja untuk  dihabiskan. Kita baca majalah atau buku lain pun setengah jam mungkin lebih sehari.

===> Bererti 2 LEMBAR [4 halaman] sebelum/setelah solat

Anda boleh baca 1 lembar sebelum solat dan 1 lembar selepas solat, atau 2 lembar sekaligus setelah solat.

Seandainya Anda konsisten melakukannya, maka anda pasti akan berjaya untuk khatam dalam masa sebulan.Betul betul betul?

Saya nak kongsikan Al Quran yang boleh bantu anda konsisten untuk baca al Quran. Anda hanya perlu ikut sahaja tracking yang telah ditandakan. Anda tak perlu tunggu sebulan untuk khatam, KURANG dari 14 hari insyaallah anda akan khatam. Jadi maknanya anda akan khatam 2 kali sebulan.

Selamat mengamalkan!


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jika orang yang baca post ini berjaya khatam al Quran,
Bayangkan berlipat kali ganda pahala yang anda raih  kerana anda SHARE post ini.

Bagi yang rasa ini tips ini manfaat untuk disebarkan. Sila post untuk perkongsian. KERANA jika anda menyebarkan tips ini dan satu orang mengikuti cara tersebut ( dia membaca Al Quran 30 juzuk)
Maka insyaAllah pahala si pembaca akan menjadi tabungan akhirat anda.


Dan jangan sia-siakan kesempatan beramal di bulan Ramadhan; yang pahalanya berlipat-lipat.

"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." [HR Muslim, 3509]

info Al Quran===>>>  http://on.fb.me/1Kht1il
                                   
https://www.facebook.com/pages/Mamarich_shops/1482562762004270

Sunday, September 14, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama anak-anak



Teks: Nur Mimi Izzati Binti Rahim


Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Sahabat-sahabat yang dikasihi. Apa aktiviti yang dirancang hari ini untuk keluarga tercinta? Walau apa pun aktiviti pastikan kita meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Terutamanya untuk ibu bapa yang bekerja, pada hujung minggulah berpeluang berkumpul bersama keluarga.


Kuala lumpur hari ini redup jer, hujan dari pagi membawa ke petang, Bila buka tingkap rumah, dapat rasa udara sejuk yang sangat nyaman.  Di pagi yang hening ini, tidak lagi terlintas difikiran untuk kemana-mana. Sementara anak-anak masih enak di buai mimpi, saya ke dapur untuk menyiapkan nasi goreng kegemaran anak-anak, iaitu nasi goreng kampung ikan bilis lebih, haha.


Anak-anak bangun pagi dengan senyuman gembira kerana hari ini tidak perlu ke sekolah. Masing-masing berebut ke bilik air untuk mandi, selagi belum siap mandi dan makan, tv tidak akan bersiaran. Undang-undang di rumah mesti di patuhi. Mereka akan cepat-cepat menghabiskan sarapan untuk menonton kartun kegemaran.



Sejak dari anak-anak masih  bayi lagi, saya akan menapis dan akan menentukan rancangan tv yang ditonton anak-anak. Saya akan pilih rancangan yang sesuai dengan umur anak dan memastikan anak-anak mendapat input yang positif daripada rancangan yang ditonton. Contohnya kartun Dora, membantu kanak-kanak untuk menggunakan bahasa inggeris dengan betul. Saya memamg tidak membenarkan anak-anak menonton rancangan kartun yang tidak berfaedah, yang mungkin lama kelamaan  ada yang akan merosakkan akidah anak-anak. Saya juga akan bersama gelak ketawa di depan tv bersama anak-anak. Kesimpulannya kita sebagai ibu bapa terpaksalah berkorban tidak menonton rancangan kegemaran.


Bila semua dah bosan menonton, layan pula mereka dengan mainan masing-masing. Kalau si kakak dengan mainan masak-masaknya. Saya akan jadi pelanggan dan kakak qaleesya akan memasak kononya sebagai tukang masak. Kadang-kadang adik akan turut serta main masak-masak. Kalau tidak, terpaksalah kita layan adik main bola pulak.



Sekarang sudah pukul 1 pm, dah tiba masanya  masuk dapur untuk sediakan makan tengah hari pula. Menu hari ini sederhana sahaja, masak lemak putih pucuk paku, ikan selar kuning goreng dan celur jagung muda bersama sambal belacan. Selepas solat zohor boleh lah makan bersama.


Insyaallah, jika cuaca baik dan tidak hujan. Saya akan bawa anak-anak ke taman layang-layang. Boleh lah mama makan aiskrim pulut kegemaran. Biasanya kat situ jer yang ada orang jual aiskrim pulut di kuala lumpur ni. Mesti anak-anak seronok dapat bermain sambil tengok layang-layang yang cantik. Biasanya bila pulang ke rumah dengan keletihan, selepas mandi mereka akan terus tidur. Itu lah caranya untuk bagi anak-anak tidur awal. Jadi, esokya mereka akan bangun dengan segar untuk ke sekolah.

Sekian, Selamat berhujung minggu.

Susah Buat Keputusan



teks: Nur Mimi izzati Rahim

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Salam sejahtera. Pernahkah anda mengalami situasi dilema apabila memerlukan kita untuk memutuskan sesuatu, dengan kata lain membuat keputusan. Sama ada keputusan untuk sesuatu perkara yang kecil atau besar. Contohnya memilih destinasi percutian, memerlukan kita memilih tarikh dan tempat yang sesuai dengan citarasa semasa itu. Mahu makan di mana, pakai baju apa, itu semua memerlukan kita membuat keputusan. Setiap hari kita mesti membuat keputusan, dan keputusan yang di buat akan memberi kesan kepada kehidupan kita.


Saya pernah mengalami sitiuasi yang saya rasa termasuk dalam keputusan yang sukar untuk saya putuskan. Contohnya keputusan untuk belajar di mana selepas mendapat keputusan spm, bekerja dimana selepas tamat pengajian, dan memutuskan untuk berkhawin. Semua keputusan itu melibatkan masa depan kita.


Untuk membantu kita membuat keputusan, kita boleh senaraikan kesan daripada keputusan yang kita buat. Cuba fikirkan dimanakah kita dalam tempoh 10 ataupun 15 tahun akan datang. Keputusan sekarang yang akan mentukan destinasi kita. Kajian menunjukkan perasaan sakit dan gembira yang akan mendorong kita untuk membuat keputusan. Contohnya, Anthony Robins pemuda biasa yang membuat keputusan untuk mengubah hidupnya, sekarang menjadi seorang yang dikenali seluruh dunia. Perasaan sakit dalam kesusahan mendorong beliau untuk membuat keputusan mengubah kehidupan. Seorang banduan menerima hukuman penjara kerana merogol, akibat keputusan yang dia buat untuk mendapat keseronokan.


Segala tindakan yang berlaku adalah hasil daripada keputusan yang kita buat. Memang susah untuk memutuskan sesuatu untuk bertindak, tetapi matlamat kita tidak akan tercapai jika sebarang keputusan tidak di buat. Cepat keputusan di buat maka cepat lah hasilnya. Kita bukan sahaja perlu membuat keputusan demi mencapai hasil yang kita mahu, kita juga perlu memjadi apa yang kita mahu. Bertindak dengan komited dan konsisten akan membantu keputusan yang di buat untuk mencapai matlamat.


Percayalah hidup kita akan berubah sebaik sahaja kita membuat keputusan yang baru dan komited. Sekarang saya sedang mengalami perubahan yang luar biasa hasil daripada keputusan yang saya buat untuk berniaga dalam bidang yang saya minati. Keputusan yang saya buat banyak membawa kebaikan kepada kehidupan seharian saya. Kemahiran membuat keputusan juga dapat menguatkan otot-otot dan mengembangkan otak kita.


Ada masanya kita akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Jangan salahkan diri sendiri, tetapi ambil pengajaran daripada kesilapan itu. Orang-orang yang berjaya membuat keputusan dengan cepat adalah kerana nilai masa meraka dan apa yang mereka mahu adalah jelas. Manakala orang yang lambat membuat keputusan selalunya akan ketingggalan. Tidak ada tindakan bermaksud tidak ada keputusan.


Sebagai seorang yang beragama islam, kita percaya segala gerak geri dan tindakan yang baik adalah daripada Allah SWT. Solat istigharah untuk mendapat petunjuk Allah akan membantu kita membuat keputusan yang betul. Yakinlah setiap komitmen pada sesuatu, tuhan akan memberi bantuan.  Setiap tindakan yang bermula dengan niat kerana Allah akan memdapat Redha dan rahmat Allah. Buat keputusan dan mula bertindak dengan istiqamah. Insyaalllah matlamat akan tercapai.

Monday, September 8, 2014

Makanan halal di Kota Paris



text: Nur Mimi Izzati Rahim


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat yang di kasihi. Hari minggu yang lepas saya berpeluang mengunjungi  pesta halal yang berlangsung di Sri kembangan. Terlintas ingin berkongsi pengalaman saya tentang makanan halal di kota Paris. Sudah lama saya impikan untuk sampai ke kota Paris,  Alhamdulillah pada bulan Mei yang lalu saya diberi keizinan oleh Allah untuk menjejak  kaki di kota Paris buat pertama kalinya. Kota Paris merupakan kota impian semua  masyarakat dunia. Terutamanya para penggemar fesyen, kerana paris sinonim dengan gelaran kota fesyen.

           

Bulan mei antara masa yang sesuai untuk menikmati keindahan kota Paris. Dengan suhu antara 16 - 22 darjah celcius membolehkan kita melakukan aktiviti luar dengan selesa. Sesuai untuk kulit kita orang malaysia, kerana tidak terlampau sejuk.


Perasaan teruja menantikan tarikh untuk terbang ke eropah masih segar dalam ingatan, masa tu terbayang keindahan tempat-tempat menarik di sana dan barang-barang jenama yang menjadi idaman hati. Kalau bezakan Harga di butik Malaysia, memang sangat berbaloi untuk kita beli di sana. Antara jenama buatan Perancis adalah Hermes dan Louis Vuitton.


Sebulan sebelum berlepas saya sudah mula membuat persiapan untuk keperluan yang hendak dibawa, contohnya pakaian yang sesuai dengan musim itu, iaitu pengakhiran musim bunga, ubatan dan vitamin yang di perlukan. Apa yang paling penting adalah saya bersedia dengan keperluan kalori yang cukup untuk membekalkan tenaga semasa berada di sana. Kerana kita memamg sedia maklum bahawa di sana susah untuk mendapatkan makanan yang halal mengikut citarasa kita.


Di sini saya kongsikan salah satu syarikat pembekal makanan halal  yang memberi kita kemudahan membawa  makanan asasi asia dengan bungkusan yang senang di bawa. Iaitu Brahim's Holding Sdn Bhd. Jenama Brahim's memamg terkenal bagi orang yang suka melancong. Terdapat dengan pelbagai menu makanan, contohnya sambil bilis, kurma ayam, rendang ayam. nasi goreng kampung dan banyak lagi makanan yang di pek  siap. Kita hanya perlu merendam pek makanan dalam air mendidih  dan sedia di makan. Sangat mudahkan. Jangan risau dengan rasanya, kerana teknologi pembungkusannya di jamin untuk melindungi ketahanan makanan.